Depositori Digital JaPen merupakan satu pusat penyimpanan data digital dan media digital. Dengan perlindungan berganda dan perisian sokongan berterusan, sistem ini dapat menyediakan suatu storan yang selamat bagi menyimpan data dan media digital jabatan.

Tujuan utama storan ini adalah untuk memastikan agar khazanah semua dokumen JaPen dapat dipelihara dan digunakan oleh pihak pengurusan tertinggi, pegawai kanan dan pegawai penyelidik hari ini bahkan generasi akan datang.

Pengguna boleh mengakses dengan selamat daripada mana-mana melalui internet.